ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS
Isu
Perlaksanaan Pengajaran:
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran
yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan
dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran
guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna. Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan
Khas. Ada sebilangan guru yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid.
Mereka mengambil jalan yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak
ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana
mereka pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan
target kerana mereka sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah
menjadikan persepsi guru aliran perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah
. Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga
yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran
tidak berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli
dan difotostat untuk semua muridnya.
Kemudian, murid akan
diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari
internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun
mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia sia kerana murid cepat lupa. Bagi
guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun perlu
mempunyai pengisian dan mengajar dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut.
Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap hari asyik
mewarna. Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul.
Memberi tugasan kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak
dibimbing dengan baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri
memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain. Isu
seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu
mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas
waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi
setiap masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya
salah.
Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang
sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan
guru pula duduk rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri.
Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin
dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.
CADANGAN MENGATASI:
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di
dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses
pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan
memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif
supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif. Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi
teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka
perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang
guru Pendidikan Khas.
Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan
dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka
dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati
sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran
dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran
pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang
berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Juga dicadangkan sekiranya ada
guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing
cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan
Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga
memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses
pengajaran.
Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke
sekolahsekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion
keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel
atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.
Guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar
belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk
insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasardasar negara.
Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan
bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu
dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan
lebih cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa
yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu
diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenikteknik dan
pendekatan dalam pengajaran.
No comments:
Post a Comment