ISU-ISU PENDIDIKAN KHAS (GURU)
Kemahiran
Guru
Kebanyakkan guru - guru yang mengajar Pendidikan
Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Melalui
kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan
Malaysia (2007), menyatakan bahawa :
“Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam
kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru
yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran,” menurut kajian
itu.
Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan
Khas pada waktu itu bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang
mana mereka ini tidak terlatih. Segelintir manusia menjadikan Pendidikan Khas
sebagai kerjaya terakhir kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah
menamatkan pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah
mempunyai ilmu dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap
keperluan mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk
belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar
murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang
terdiri daripada golongan berpendidikan.
Bebanan
tugas
Isu yang seterusnya ialah isu berkaitan bebanan
tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini
merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula
menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan
program Pendidikan Khas, Namun setiap perkara ada batasannya kerana guru juga
manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya
diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. ini akan
mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa
meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak
hadir ke sekolah.
Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan
dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang
mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. Melalui
jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa meninggalkan
kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar yang akan
menyebabkan murid-murid khas terabai.
Tanggapan
negatif guru aliran perdana
Hal lain yang turut menjadi persoalan ialah persepsi
negatif guru-guru aliran perdana terhadap guru-guru Pendidikan Khas. Kenyataan
yang tidak selesa untuk didengar ialah kerja mudah elaun besar!. Pepatah Melayu
ada mengatakan ‘tidak tahu maka tak cinta’. Guru yang kurang pengetahuan tentang
murid berkeperluan khas biasanya tidak memahami tugas guru Pendidikan Khas.
Tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas adalah masih
rendah
Antara isu yang menjadi bualan guru aliran perdana
terhadap Guru Pendidikan Khas ialah “senang sahaja, murid sedikit jadi senang
nak kawal “ , “ bukan mengajar sangat, asyik menyanyi lepas itu menonton
televisyen” , “ tidak perlu terlibat dalam pengurusan sekolah kerana terikat
dengan etika mereka jadi tidak sibuk seperti guru aliran perdana” dan banyak
lagi.
“Kerjaya Guru Pendidikan Khas senang dan murid
sedikit memudahkan kawalan kelas”. Isu tersebut sebenarnya tidak patut
dibicarakan oleh guru aliran perdana kerana mereka tidak merasai bagaimana
keadaan kelas tersebut jika terdapat 2 orang murid hiperaktif. Ia seperti kelas
tersebut mengandungi 20 orang murid. Kadang-kadang guru itu sendiri yang putus
asa dengan murid tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bilangan murid
pendidikan khas yang hadir pada masa itu cuma 2 orang tetapi tumpuan guru terhadap
murid tersebut perlu lebih supaya keselamatan murid tersebut akan terjamin.
Guru aliran perdana jika melihat proses pengajaran
dan pembelajaran pendidikan khas memang akan merasakan ‘Guru Pendidikan Khas
tidak mengajar’. Mereka tidak tahu murid aliran perdana dan murid Pendidikan
Khas berbeza dari pelbagai aspek. Contohnya kepelbagaian kategori murid
Pendididkan memerlukan guru Pendidikan Khas merancang pelbagai teknik , kaedah
dan strategi pengajaran. Guru aliran perdana mempersoalkan murid Pendidikan
Khas banyak bermain. Memang tidak dapat dinafikan guru Pendidikan Khas banyak
mengunakan teknik bermain untuk mengajar murid Pendidikan Khas kerana dengan
bermain murid dapat melatih dan memastikan psikomotor halus dan kasar
berfungsi. Kalau tidak dibuat terapi bermain, bagaimana murid Pendidikan Khas
hendak berkembang. Lagipun dengan bermain murid akan berasa seronok untuk
belajar.
“Guru Pendidikan Khas tidak perlu terlibat dalam
pengurusan sekolah kerana terikat dengan etika mereka”. Tanggapan Guru aliran
perdana adalah tidak benar sama sekali. Dalam etika Pendidikan Khas tidah
menyatakan guru Pendidikan Khas tidak boleh merlakukan aktiviti pengurusan dan
merlakukan aktiviti di sekolah. Isu ini bukan berpunca dari guru Pendidikan
Khas tetapi ada sesetengah sekolah cuba mengelakkan guru Pendidikan Khas dari
terlibat dalam pengurusan sekolah kerana mereka memberi peluang kepada guru
Pendidikan khas menumpu sepenuh perhatian terhadap pengurusan murid Pendidikan
khas.
No comments:
Post a Comment