GAMBAR INOVASI



1. PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK



Pen Al-Quran dan tasbih elektronik merupakan alat yang boleh digunakan sebagai alternatif lain menggantikan Al-Quran dan tasbih yang sebenar. Alat ini sangat sesuai digunakan dalam pendidikan kerana ianya membolehkan individu berkeperluan khas juga dapat belajar al-quran di mana sahaja mereka berada. 

Ciri-cirinya : 

1) Terdapat eletronik audio bacaan Al-Quran yang mengandungi 30 surah dalam Al-Quran yang mana ianya merupakan bacaan oleh Sheikh Sudais yang merupakan Imam Mekah. 
2) Mempunyai fungsi "play", "stop", dan "repeat".
3) Boleh digunakan untuk menulis, headphone yang mampu untuk mengawal suara.
4) Mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. 



2. HANDPHONE JAM TANGAN 



Teknologi yang semakin hari semakin canggih menyebabkan penciptaan jam tangan juga menjadi salah satu barang yang berteknologi tinggi. Handphone jam tangan ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang canggih dan sangat mengikuti cita rasa pengguna pada hari ini. 

Ciri-cirinya : 

1) Sesuai untuk individu berkeperluan khas kerana mesra pengguna. 
2) Mudah digunakan. 
3) Direka khas untuk individu berkerperluan khas. 


3. PROSTETIK





Prostetik merupakan alat yang dapat menggantikan seluruh atau sebahagian anggota badan yang tiada. Teknologi alat ini dapat menggubahsuai struktur, fungsi serta ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuskular. 

Ciri-cirinya : 

1) Direka bagi meningkatkan keupayaan hidup bagi individu yang kurang upaya.

2) Mampu menyediakan tekanan, sokongan, perlindungan, pencegahan, pembetulan, pengawasan, mobiliti dan pengubahsuaian berat.


4. BRAILLE SENSE PLUS






Braille Sense Plus merupakan alat untuk membuat nota bagi individu yang bermasalah penglihatan. Alat ini merupakan alat yang berharga tinggi dan hanya boleh didapati di luar negara seperti negara Jepun, Kanada, German dan juga Perancis. Alat ini sangat membantu terutama individu bermasalah penglihatan kerana alat ini direka khas buat mereka. 

Ciri-cirinya : 

1) Mudah dibawa kemana-mana.
2) Boleh menterjemah tulisan braille kepada tulisan biasa. 
3) Saiznya kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik. 
4) Mempunyai fungsi "word processor",  "web browser", "schedule manager" dan "media player". 
5) Mempunyai perisian internet.
6) Kemudahan audio seperti MP3, MP4, WAV dengan set kesan bunyi seperti "BassBoost", gema dan kesan 3D. 




  
5. ALAT MEMBANTU OKU UNTUK BERTAPAK DI KUTUB SELATAN






Alat ini digunakan bertujuan untuk mengawal kawalan pada kaki terutamanya bagi mereka yang kurang upaya. Alat ini juga menggunakan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. Yang kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki.




6. AL-QURAN BRAILLE




Al-Quran braille merupakan salah satu alat yang direka khas untuk individu bermasalah penglihatan. Ianya akan memberikan peluang kepada individu berkenaan untuk membaca al-quran serta menghayati ayat-ayat al-quran. Al-quran braille ini telah diperkenalkan oleh Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS). 



7. BRAILLE E-BOOK 





Braille e-book telah direka oleh Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo dan Jin-Sun Park. Ianya direka khas bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan. Alat ini tidak banyak terdapat di pasaran disebabkan oleh harganya yang tinggi. 

Ciri-cirinya : 

1.Boleh menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar. 


2) Menjimatkan ruang dan kos.


3) Berfungsi mengubah bentuk permukaan

 melalui isyarat elektromagnetik. 






8.   ROBOT MEMBANTU OKU BERJALAN







Sebuah robot berkaki dua yang boleh membawa warga tua dan orang kurang upaya berjalan, telah dicipta oleh kumpulan penyelidikan bersama universiti jepun Waseda dan Fukuoka berasaskan robot syarikat TMSK (disebut Tae Moo Zak). Robot yang digelar "wl-16R3," empat kaki tinggi dan berat kira-kira 150 pound. Ia boleh berjalan di atas jalan yang rata pada kaki dua. Kentaro Hottori, salah satu daripada kakitangan penyelidikan di Universiti Wasedaberkata, "Robot ini hanya boleh berjalan di atas jalan yang rata sekarang. Tetapi kami berharap ia akan dapat membantu orang cacat anggota untuk bergerak pada masa akan datang."


9. SIAFU PC





Selama ini orang yang kurang upaya atau buta mengalami banyak kesulitan ketika menggunakan komputer PC kosvensional. Walaupun sistem operasi yang digunakan telah dilengkapi dengan peralatan bantuan untuk orang cacat penglihatan seperti peralatan Narrator pada Microsoft Windows, walupun begitu terdapat banyak keterbatasan kerana orang tidak mempunyai penglihatan tidak boleh melihat tampilan visual. Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.



 10. MOUSE KAKI UNTUK OKU


Lazimnya sebuah tetikus atau yang sering disebut dengan mouse digunakan dengan menggunakan tangan. tapi, ada sebuah mouse yang didesign oleh Liu Yi yang cara penggunaannya tidak menggunakan tangan melainkan menggunakan kaki. Penggunaan mouse ini menggunakan kaki ini dibuat bagi orang cacat yang tidak boleh menggunakan tangan mereka untuk menggunakan mouse. sehingga dengan adanya mouse yang disebut toe mouse ini seorang cacat mampu menggunakan mouse. Cara penggunaan toe mouse ini pun  mudah. Tidak berbeza dengan mouse biasa , mouse ini juga memiliki tombol klik kiri dan juga tombol klik kanan. cukup meletakkan mouse ini diantara ibu jari kaki dan jari sebelahnya maka mouse kaki ini pun boleh digunakan. Mouse ini pun juga dilengkapi dengan wireless sehingga penggunaannya boleh semakin mudah kerana tidak adanya kabel yang mengganggung.




No comments:

Post a Comment